Umdatul Ahkam Hadis ke 23-26

Oleh Zulhizam Ibnu Hashim
Dirakam pada Aug 27, 2017
Hulu Langat

BAB MAZI DAN LAINNYA.

? HADIS 23

      HADIS KE 25-23 - oleh Zulhizam Ibnu Hashim

Dari Ali radhiyallahu anhu dia berkata :

كُنْتُ رَجُلًا مَذَّاءً وَكُنْتُ أَسْتَحْيِي أَنْ أَسْأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِمَكَانِ ابْنَتِهِ فَأَمَرْتُ الْمِقْدَادَ بْنَ الْأَسْوَدِ فَسَأَلَهُ فَقَالَ يَغْسِلُ ذَكَرَهُ وَيَتَوَضَّأُ

“Aku adalah lelaki yang sering keluar air mazi dan aku malu menanyakan itu kepada Nabi shallallahu alaihi wasallam kerana putrinya adalah istriku. Lalu aku menyuruh Miqdad bin Aswad. Ia pun menanyakan. Beliau bersabda: “Hendaknya ia membasuh kemaluannya lalu berwudhu.”
(HR. Bukhari 269 dan Muslim 303)

Kesimpulan :
1. Mazi adalah najis dan wajib membersihkanya.

2. Mazi termasuk pembatal wudhu kerana ia keluar dari salah satu dua jalur.

3. Wajibnya mencuci kemaluan.

4. Menjadi ijma’ ulama bahawa tidak wajib mandi kerana mazi.

5. Harus menggunakan air dalam memberaihkan mazi.
Syaikh Ibnu Uthaimin berkata:
“Adapun mazi cukup dipercikkan air iaitu meratakan tempat yang terkena mazi tanpa memerasnya ataupun mengeroknya, demikian juga wajib untuk mencuci kemaluannya.”


? HADIS 24

      HADIS KE 24 - oleh Zulhizam Ibnu Hashim

Dari Abad bin Tamim, meriwayatkan dari Abdullah bin Zaid bin Ashim Al-Mazini radhiyallahu anhu:

شُكِيَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّجُلُ يُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهُ يَجِدُ الشَّيْءَ فِي الصَّلَاةِ قَالَ لَا يَنْصَرِفُ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا أَوْ يَجِدَ رِيحًا

“Bahawa ada seorang lelaki mengadukan kebimbanganya kepada Nabi Shallallah alaihi wasallam bahwa dirinya seolah-olah mendapatkan sesuatu (mengeluarkan kentut) ketika shalat. Beliau bersabda: ‘Tidak perlu membatalkan solatnya sehingga dia mendengar suara atau mencium bau’.”
(HR. Bukhori 2056 dan Muslim 361)

Kesimpulan :
1. Kaidah umum “Suatu yang asli itu tetap dalam kondisinya yang semula.”

2. Keraguan mengenai hadas tidak membatalkan wudhu dan solat.

3. Haram membatalkan solat tanpa adanya sebab yang jelas.

4. Angin yang keluar samada berbunyi ataupun tidak merupakan pembatal wudhu.

5. Maksud diharuskanya mendengar atau mencium bau kentut dalam masalah hadas adalah untuk meyakinkan. Seandainya tidak mendengar atau mencium namun meyakini dengan selain kedua cara ini maka dianggap wudhunya batal.


? HADIS 25 

      HADIS KE 25-26 - oleh Zulhizam Ibnu Hashim

Dari Ummu Qais binti Mihsan Al-Asadiyah:

أَنَّهَا أَتَتْ بِابْنٍ لَهَا صَغِيرٍ لَمْ يَأْكُلْ الطَّعَامَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَجْلَسَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي حَجْرِهِ فَبَالَ عَلَى ثَوْبِهِ فَدَعَا بِمَاءٍ فَنَضَحَهُ وَلَمْ يَغْسِلْهُ

“Bahawa dia datang menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dengan membawa bayi laki-lakinya yang belum makan makanan. Rasulullah lalu mendudukkan anak kecil itu dalam pangkuannya sehingga ia kencing dan mengenai pakaian beliau. Beliau kemudian minta diambilkan air lalu memercikkannya dan tidak mencucinya.”
(HR. Bukhori 223 dan Muslim 287)

? HADIS 26

أُتِيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِصَبِيٍّ فَبَالَ عَلَى ثَوْبِهِ فَدَعَا بِمَاءٍ فَأَتْبَعَهُ إِيَّاهُ
ولمسلم : فَأَتْبَعَهُ بَوْلَهُ وَلَمْ يَغْسِلْهُ

“Pernah seorang bayi dibawa ke hadapan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, lalu bayi tersebut kencing hingga mengenai pakaiannya. Beliau lalu minta air dan mengusapinya dengan air tersebut.”

Dalam riwayat muslim, “Nabi menyipratkan air pada bekas kencing tersebut tanpa membasuhnya.”
(HR. Bukhori 222 dan Muslim 286)

Kesimpulan :
1. Najisnya air kencing bayi laki-laki meskipun belum makan makanan, lantaran syahwat.

2. Cara memercikkan air yang dapat mensucikan air kencing laki-laki.

3. Akhlak nabi yang mulia dan ketawadhu’anya.

You might like

© 2024 Dengar Sunnah - WordPress Theme by WPEnjoy
%d bloggers like this: