Penting Belajar Kalimah Tauhid

Oleh Zulhizam Ibnu Hasim
Shared on 2 June, 2018.

YouTube player

“Tidak aku jadikan Jinn dan Manusia melainkan untuk mereka beribadat kepada Ku”

Jadi inilah merupakan dakwah kesemua para Rasul, para Nabi, para Rasul. Mereka mengajak mereka kepada kalimah tawhid لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ . Jadi لا تَعْبُدُونَ إِلا اللَّهَ ini sepertima لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ kerana kalimah إِلَهَ itu membawa makna ibadat. Ma’bud yang dilakukan ibadat kepada Nya.

Jadi kesemua para anbiya mengajak kepada kalimah ini. Kalimah لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله . Allah mencipta manusia kerana kalimah ini. Allah mengutuskan Rasul kerena kalimah ini. Allah menjadikan Syurga dan Neraka kerana kalimah ini. Jadi tidak boleh tidak perlu kita ummat Islam belajar apakah yang dimaksudkan dengan kalimah tawhid لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله .

Kita hari ini, ummat Islam, jauh daripada pengertian yang sebenar bagi kalimah Tawhid. Ramai dikalangan mereka tidak memahami akan tetapi di dalam amalan mereka banyak perkara-perkara yang bertentangan dengan kalimah Tauhid لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ yang mereka sebutkan.

Bahkan sampai ke tahap ianya membawa kepada dosa yang besar iaitu kufur dan syirik kepada Allah kerana tidak memahami apakah maksud kalimah لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ .

Mereka faham makna لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله itu sekadar membawa makna Allah mencipta, memberi rezeki, Allah yang mentakbir alam ini, menghidup dan mematikan. Jadi kefahaman mereka tentang kalimah لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله itu adalah seperti itu. Bukanlah itu yang dimaksudkan bagi kalimah لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله ini. Lebih daripada itu!

Bukan sekadar kita mengakui bahawa Allah merupakan Pentakbir, Pencipta, Penguasa alam ini. Bahkan perlu kita memahami apabila kita mengakui bahawa Allah Pencipta, Pentakbir, Penguasa alam ini, ia menuntut kita agar tidak melakukan ibadat melainkan kepada Allah. Jadi di sinilah yang akan membezakan samada seorang manusia itu faham makna لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله ataupun tidak.

Apa gunanya kita menyebt kalimah لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله akan tetapi di dalam waktu yang sama, kita berdoa kepada selain Allah pergi ke kuburan, memohon kepada wali Allah dengan mendakwa bahawa wali-wali ini boleh membantu kita memberi syafaat buat kita.

Kita melakukan zikir-zikir dan amalan-amalan menyeru nama wali-wali yang telahpun mati, memohon bantuan daripada wali-wali yang telah meninggal dunia. Sedangkan perkara yang seperti ini bertentangan dengan kalimah لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله yang kita lafaskan.

Kita tahu bahawa doa itu merupakan ibadat, menyeru sesuatu mengharapkan pertolongan, mengharapkan bantuan merupakan ibadat. Kalaulah kita memohon, menyeru, berdoa kepada selain Allah maka sudah tentu ia membawa maksud kita beribadat kepada selain Allah sebab doa adalah ibadat. Memohon bantuan adalah ibadat.

Jadi kita sentiasa melafaskan di dalam solat kita. Bacaan kita iyakanabud. Hanya kepada engkau kami melakukan IBADAT.

You might like

© 2024 Dengar Sunnah - WordPress Theme by WPEnjoy
%d bloggers like this: