Puak Hamasiyyah Tak Reti Bezakan Antara Mengikuti Nasihat Ulama Dengan Taklid

Puak Hamasiyyah Dan Para Pemberontak Dakwah Memang Tak Reti Bezakan Di Antara Mengikuti Nasihat Ulama Rasikhun Dalam Masalah Dakwah Dengan Taklid Membuta Tuli.

YouTube player

Kata Fadhilat al-Syaikh ‘Abd al-Hamid bin Yahya al-Zu’kuri hafizahullah:

“Maka jangan kamu percaya kepada puak-puak yang mengatakan kepada kamu: “Mereka itu mengajak kamu kepada taklid!” Sungguh kamu akan berasa hairan dengan sebahagian puak-puak itu; kita apabila berselisih, baik di Yaman atau berlaku perselisihan di antara para pendakwah yang dahulunya memiliki keterkaitan dengan Dar al-Hadith di Dammaj atau memiliki keterkaitan dengan [Dar al-Hadith di] ‘Amud sekarang iaitu di Markiz Syeikh kami Yahya hafizahullah; apabila salah seorang daripada mereka ada bertanya kepada kami [terkait perselisihan yang berlaku] kami akan katakan: “Hubungilah Syeikh [Yahya]. Kembalilah dan rujuklah kepada Syeikh [Yahya].”

Tiba-tiba para pemberontak ini menyebarkan: “Lihat mereka tidak menyebutkan kecuali Syeikh Yahya sahaja! Adakah tak ada alim yang lain di alam ini selain Syeikh Yahya!”

Wahai si malang! Apa yang kamu faham itu tidak boleh dipakai. [Analoginya:] Sekarang apabila ada anak-anak yang bergaduh sesama saudara-saudaranya; adakah kita akan katakan kepada mereka: “Pergilah kepada si Zaid agar dia mendamaikan kamu semua.” ataukah kita akan kata: “Pergilah kepada ayah kamu agar dia mendamaikan kamu semua.”? Sudah tentu kita akan suruh mereka kembali kepada ayah mereka. Kembali kepada ayah mereka.

Maka tatkala kami mengatakan: “Kembalilah kepada Syeikh kamu.” Bukan kerana kami merendahkan martabat para ulama yang lain di alam ini. Orang alim itu mulia di mana saja dia berada. Baik orang arab atau orang ajam. Baik orang berkulit putih atau berkulit hitam, bagaimanapun rupanya, [orang alim tetap mulia].

Akan tetapi [sekarang ini] kita sedang mengikat para pelajar Dar [al-Hadith, Dammaj atau ‘Amud] dengan Syeikh mereka. Mereka semua mengenali Syeikh mereka itu dan beliau juga mengenali mereka. Urusannya satu. Oleh itu, kita memuji Allah kerana telah memperlihatkan kita kepada kebaikan ini dan berjaga-jagalah kamu semua daripada terpengaruh dengan gembar-gembur yang seperti ini.”

Audio: https://t.me/maktabahahmad_publisher/1453

You might like

© 2024 Dengar Sunnah - WordPress Theme by WPEnjoy
%d bloggers like this: