Yang Bukan Ahli Dalam Jarh Wa Ta’dil Akan Menimbulkan Kerosakan & Kemudaratan

( الذي ليس أهلا للجرح والتعديل يفسد ويضر )

Orang Yang Bukan Ahli Dalam Jarh Wa Ta’dil Akan Menimbulkan Kerosakan Dan Kemudaratan.

قال شيخنا يحيى حفظه الله ورعاه:

Berkata Syeikh kami Yahya semoga Allah menjaga dan memeliharanya:

ولو تصرف فيه من ليس من أهله

“Kalau seandainya yang menguruskan hal ini (jarh wa ta’dil) adalah seseorang yang bukan ahlinya

أو من لا يحسنه يفسد⹁

atau seseorang yang tidak melakukannya dengan baik, nescaya ia akan menimbulkan kerosakan.

فربما عدل لك صاحب هوى أو عدل جاهلا⹁

Barangkali dia memberikan perakuan (ta’dil) kepada pengikut hawa nafsu atau dia memberikan ta’dil kepada orang jahil

أو أثنى على من لا يستحق الثناء أو ربما الثناء يضره⹁

atau dia memberikan pujian kepada orang yang tidak layak mendapatkan pujian atau barangkali pujian tersebut akan memudaratkan dirinya

يقسم ظهره⹁

dan “mematahkan belakang badannya”

أو ربما زاد وبالغ

atau barangkali dia menambahkan dan melampau (dalam pujian);

يبالغ ويمد كثيراً حتى يكون كلامه فيه إزراء

dia berlebih-lebihan dan memanjangkan (pujian tersebut) sehingga terdapat pada ucapannya itu sanjungan yang keterlaluan

فإن المبالغة والإطراء والغلو يعود بالضرر على القائل والمقول⹁

kerana sesungguhnya (pujian) yang berlebih-lebihan, sanjungan yang keterlaluan dan melampau dalam hal itu, kemudaratannya akan kembali kepada orang yang memuji dan orang yang dipuji.

يحصل منه الفساد من هذه المبالغة⹁

Akan berlaku kerosakan disebabkan (pujian) yang melampau tadi.

ما ينزل الناس منازلهم وينزل الأمور في مواضعها⹁

Dia tidak meletakkan manusia sesuai pada kadarnya dan tidak meletakkan setiap urusan itu sesuai pada tempatnya.

أو يجرح من لا يستحق الجرح من أهل الهدى من أهل الصلاح⹁

Atau (barangkali) dia mengecam (jarh) seseorang yang tidak layak mendapatkan jarh dari kalangan mereka yang mendapatkan petunjuk, yang memiliki kesalihan.

إما إنه يجرحه بغير بصيرة أو عنده هوى كامن في نفسه

Barangkali dia menjarh orang tersebut dengan tanpa ilmu atau dia memiliki hawa nafsu yang tersimpan

فيجرحه من أن يبعد الناس عن الخير الذي عنده لحسدٍ⹁

lalu dia menjarh orang tersebut agar orang ramai menjauh daripada kebaikan yang ada padanya kerana hasad dengki,

لبغيٍ لبدعة عند المجرح.

kezaliman dan bidaah yang ada pada orang yang menjarh.”

أبو المجد بن محمد
ليلة الخميس 10 رمضان 1442 هـ

Catatan: Abu al-Majd bin Muhammad
Khamis, 10 Ramadan 1442H

Terjemahan: Wan Shahir Wan Perwira

__

You might like

© 2024 Dengar Sunnah - WordPress Theme by WPEnjoy
%d bloggers like this: