Apakah itu IBADAT?

Daurah Oleh Zulhizam Ibnu Hashim
Shared on May 28, 2018.

YouTube player

Apakah itu ibadat?

Ibadat itu, sebagaimana yang dinyatak dahulu, ianya adalah perkara yang disukai dan diredhai oleh Allah. Allah suka kita buat. Allah redha dengan sesuatu amalan itu. Maka iainya merupakan ibadat.

Jadi ibadat ini, kita tak tahu adakah ianya merupakan perkara yang disukai oleh Allah ataupun tidak disukai melainkan dengan ada Nas. Ertinya ada dalil daripada al-Quran dan Hadis yang menyatakan bahawa Allah sukakan sesuatu amalan.

Allah redha dengan sesuatu amalan. Allah yang perintahkan kita melakukan suatu amalan jadi amalan ibadat ini, ianya mestilah berpandu kepada petunjuk syarak, berpandu kepada ajaran yang dibawa oleh Rasul.

Tidak boleh kita mereka-reka ibadat dengan alasan untuk kita dekatkan diri kepada Allah tanpa ada suruhan daripada syarak, ajaran dari sunnah Rasul agar kita melakukan amalan tersebut.

Contohnya, kalaulah orang itu hendak mendekat diri kepada Allah dengan bertapa di dalam gua, adakah bertapaan di dalam gua ini merupakan perkara yang diajarkan di dalam agama Islam untuk kita lakukan demi mendekatkan diri kepada Allah? Tidak ada!

Tidak ada tunjuk ajar daripada Nabi kita Muhammad agar kita mengggunakan cara yang seperti ini untuk beribadat kepada Allah. Jadi di sini ibadat itu mestilah berpandukan kepada apa yang diajarkan di dalam ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad.

Tidak boleh kita mereka-reka ibadat dengan alasan yang kononnya untuk mendekatkan diri kepada Allah ataupun untuk berbuat baik, mencari keredhaan Allah. Sedangkaan Allah tidak mengajarakan kita membuat demikian.

Jadi di sini itulah ibadat yang perlu kita pelajari berdasarkan kepada dalil daripada al-Quran dan Hadis. Kemudian dibawakkan dalil daripada ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah yang membukitikan dan menunjukkan bahawa perkara tersebut adalah IBADAT.

1 Comment

  1. جزاك الله خيرا على جهدك
    بارك الله فيك

Comments are closed.

You might like

© 2024 Dengar Sunnah - WordPress Theme by WPEnjoy
%d bloggers like this: