Rasulullah Rahmat Untuk Sekalian Alam

Ditulis oleh Zulhizam Ibnu Hashim
Shared publicly – Jan 26, 2015, 11:33 PM

وما أرسلناك الا رحمة للعالمين

“Dan Kami tidak utuskan kamu melainkan sebagai rahmat untuk sekalian alam”
– al-Anbiya, 107

Kata ibnu Katsir dalam tafsirnya:
“Allah memberitahu bahawa Dia menjadikan Muhammad sebagai rahmat buat sekelian alam. Ertinya Dia mengutus Muhammad sebagai rahmat buat mereka keseluruhannya. Siapa yang menerima rahmat tersebut dan mensyukuri nikmat ini (perutusan baginda) dia akan berbahagia di dunia dan akhirat. Siapa yang megingkarinya maka dia rugi di dunia dan akhirat”

Bagi mereka yang menghayati isi kandungan ayat di atas dapat memahami bahawa kedatangan Nabi Muhammad membawa ajaran yang mendatangkan kesejahteraan buat manusia keaeluruhannya. Segala tunjuk ajar, peraturan dan hukum hakam yang terkandung di dalam ajaran baginda bersifat sempurna dan memenuhi keperluan manusia dalam mengatur serta mengurus kehidupan mereka. Rahmat yang dibawa baginda meliput setiap lapisan masyarakat termasuk golongan fakir miskin, wanita, kanak-kanak, anak yatim bahkan haiwan. Inilah kesempurnaan agama Islam.

Namun ramai manusia tidak menyedarinya. Oleh itu mereka berjalan mengekori barat kerana menyangka apa yang dicanang barat membawa kesejahteraan buat umat manusia.

Adakah barat berjaya mendidik umat manusia sehingga kita umat Islam perlu mencedok perundangan mereka? Yang kita lihat hanyalah keruntuhan moral, masalah sosial, penindasan dan kadar jenayah yang tidak terkawal.

Untuk apa kita meniru barat sedangkan perundangan Islam telah datang untuk menjaga 5 perkara pokok yang menentukan kesejahteraan dan keharmonian dalam kehidupan?
-jiwa
-harta
-maruah
-aqal
-agama

Adakah selain syariat Muhammad صلى الله عليه وسلم patut kita jadikan panduan?

ان الحكم الا لله امر الاتعبدوا الا اياه ذلك الدين القيم ولكن أكثر الناس لا يعلمون

“Tidaklah (hak menetapkan) hukum hakam melainkan untuk Allah. Dia memerintahkan agar kamu tidak menyembah melainkan diriNya. Itulah agama yang lurus akan tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui”- Yusuf 40

You might like

© 2024 Dengar Sunnah - WordPress Theme by WPEnjoy
%d bloggers like this: