Pilihlah Nama Yang Baik Untuk Anak Anda

Ditulis oleh Zulhizam Ibnu Hashim
Shared publicly – Jan 28, 2015, 10:26 AM

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebagai seorang muslim yang beriman dan cinta kepada agamanya, hendaklah dia memilih nama yang sesuai dengan syariat Islam untuk anak kandungnya. Ingatlah bahawa pemberian nama yang baik bagi bayi merupakan tanggungjawab seorang ayah.

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم bermaksud:

“Nama yang paling disukai oleh Allah adalah Abdullah dan Abdurrahman”

Seorang yang beriman akan memilih nama yang sesuai dengan keimanan yang ada di dalam dirinya. Dia kasih kepada Allah, maka dinamakan anaknya dengan nama “abdu” yang disandarkan kepada salah satu daripada nama Allah seperti abdul Muhaimin, Abdul Qayyum dan sebagainya.

Dia kasih kepada para rasul, maka dinamakan anaknya dengan nama mereka seperti Muhammad, Ibrohim dan sebagainya.

Iman yang ada didalam diri medorongnya membuat pilihan yang sesuai dengan keimanan. Adapun nama yang berhubung kait dengan kekufuran, sudah tentu dia tinggalkan. Oleh itu dia tidak menamakan anaknya dengan nama bercirikan kekufuran dan orang yang kufur kepada Allah seperti Firaun, qorun dan sebagainya.

Atas dasar apa mengutama nama orang bukan Islam ke atas nama para nabi dan orang-orang soleh?

Adakah orang kafir tersebut lebih hebat dan agong daripada Rasulullah, para nabi dan orang-orang yang soleh?

Semoga iman di hati terpancar melalui percakapan dan tindakan kita.

You might like

© 2024 Dengar Sunnah - WordPress Theme by WPEnjoy
%d bloggers like this: