Dakwah Para Rasul Adalah Kepada Tauhid

Ditulis oleh Zulhizam Ibnu Hashim

بسم الله الرحمن الرحيم

Firman Allah تبارك وتعالى

وما أرسلنا من قبلك من رسول إلا نوحي إليه أنه لا إله إلا أنا فاعبدون

“Dan Aku tidak utuskan seorang rasul sebelum daripada kamu melainkan Aku wahyukan kepadanya, sesungguhnya tiada sembahan (yang benar) melainkan Aku maka lakukan ibadat kepadaku”

FirmanNya lagi :

ولقد بعثنا فى كل أمة رسولا أن اعبدوا الله واجتنبوا الطاغوت

‘Dan sesungguhnya Aku telah mengutuskan pada setiap umat itu rasul (yang mengatakan) sembahlah Allah dan jauhkan diri daripada thoghut”

Ayat-ayat di atas dan selainnya menunjukkan kepada kita bahawa tugas utama para rasul adalah mengajak manusia kepada tauhid. Ianya merupakan perkara pokok di dalam dakwah. Ia merupakan perjuangan para daie dan fokus mereka di dalam dakwah. Tidak ada kebaikan pada dakwah yg mengabaikan tauhid. Manusia yg jahil tentang tauhid akan diheret oleh syaitan kpd sebesar-besar dosa iaitu syirik kepada Allah. Syirik kpd merupakan penghalang utama daripada memasuki syurga Allah.

Firman Allah:

إنه من يشرك با لله فقد حرم الله عليه الجنة ومأواه النار وما للطالمين من أنصار

“Sesungguhnya sesiapa yg mensyirikkan Allah maka Allah mengharamkan baginya syurga. Tempatnya adalah neraka dan tidak ada penolong bagi orang-orang yang zalim”

You might like

© 2024 Dengar Sunnah - WordPress Theme by WPEnjoy
%d bloggers like this: