Takutkan Kepada Hukuman Allah

Ditulis oleh Zulhizam Ibnu Hashim
Shared publicly – Jan 11, 2015, 10:23 AM

بسم الله الرحمن الرحيم

Firman Allah:

وما أصابكم من مصيبة فبما كسبت أيديكم ويعفو عن كثير

“Dan apa yang menimpa kamu daripada musibah maka ia berpunca daripada usaha tangan-tangan kamu sendiri dan DIA memaafkan banyak (daripada kesalahan dan dosa)

Apabila berlaku musibah dan bencana seperti tsunami, gempa bumi, banjir dan sebagainya, ramai manusia mengaitkan dengan perubahan yang terjadi di permukaan bumi atau di atasnya. Atau dengan kata lain hanya mengaitkan peristiwa tersebut dengan sebab Musabab. Hanya sedikit yang sedar bahawa ia berpunca daripada dosa-dosa manusia. Oleh itu ramai yang tidak berasa bersalah terhadap Rob mereka.

Justeru itu mereka terus kekal di dalam kemaksiatan dan mengabaikan hukum hakam Allah. Mereka lupa kepada hukuman yang Allah kenakan kepada umat-umat yang terdahulu seperti kaum nabi nuh, kaum aad, Tsamud dan yang lainnya. Mereka juga lupa kepada ancaman Allah di dalam kitabNya:

أفأمن أهل القرى أن يأتيهم بأسنا بياتا وهم نائمون  أو أمن أهل القري أن يأتيهم بأشنا وهم يلعبون

“Adakah penduduk di sesesuatu tempat berasa aman daripada didatangi azab Kami di malam hari ketika mana mereka sedang tidur. Adakah penduduk sesuatu tempat berasa aman daripada didatangi azab Kami pada waktu dhuha ketika mereka sedang bermain?”

Berapa banyak malapetaka yang menimpa umat Islam sewaktu mereka berada di udara, di daratan, di dalam rumah mereka?

Adakah mereka sedar dengan menyalahkan diri mereka sendiri kerana kesalahan dan dosa yang mereka lakukan?

Adakah mereka berasa takut kepada ancaman Allah lalu bertaubat dan kembali taat kepada petintahNya?

Bagaimana mereka boleh sedar seandainya mereka jarang membaca kitab Allah dan mentadabbur ayat-ayatnya?

Bagaimana mereka boleh kembali taat kepada Allah seandainya mereka mengabaikan kitab Allah dan sunnah RasulNya?

Ya Allah ampuni kami dan janganlah Kamu menghukum kami disebabkan dosa-dosa kami.

You might like

© 2024 Dengar Sunnah - WordPress Theme by WPEnjoy
%d bloggers like this: