IS Ditaja Oleh Barat, Tiada Kena Mengena Dengan Islam

Ditulis oleh Zulhizam Ibnu Hashim
Shared publicly – Mar 9, 2015, 10:16 PM

بسم الله 

Mereka Khawarij, bukan perjuang Islam. Janganlah tertipu dengan dakyah mereka.

Sekiranya anda ingin berjihad, mulakan dengan belajar al-Quran dan hadis. Perbetulkan diri anda dahulu, Aqidah dan Ibada anda. Belajar bagaimana bentuk Jihad menurut sunnah Rasulullah. Dengan Ilmu dan taufiq dari Allah anda selamat daripada terperangkap ke dalam perjuangan yang salah.

Jihad adalah pengorbanan yang suci. Tidak mencapai ganjaran Syahid melainkan mereka yang benar-benar layak. Bukan dengan sekadar semangat tanpa ilmu dan amal soleh.

Agama Allah tertegak melalui pejuang-pejuang yang beriman dan beramal soleh, bukan melalui orang yang sekadar tahu perkataan Jihad akan tetapi tidak memahinya.

Bila Rasulullah صلى الله عليه وسلم melancarkan Jihad?

  • Setelah bertahun-tahun mendidik para sahabat dengan Aqidah yang mantap.
  • Setelah mempunyai setelah mempunyai kerajaan yang kuat mampu menandingi orang kuffar.

Bukan dengan pemberontakan dan bunuh membunuh sesama Islam.

You might like

© 2024 Dengar Sunnah - WordPress Theme by WPEnjoy
%d bloggers like this: