Matlamat Hidup Manusia

Ditulis oleh Zulhizam Ibnu Hashim

بسم الله الرحمن الرحيم

Firman Allah عز وجل:

وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون

“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu”

FirmanNya lagi:

ان صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين لا شريك له وبذلك أمرت وأنا أول المسلمين

“Sesungguhnya solatku, sembelihanku, hidupku dan matiku adalah untuk ALLAH Rob sekelian alam. Tiada sekutu bagiNya dan dengan ini aku diperintahkan dan aku merupakan orang yang mula-mula beragama Islam”

FirmanNya lagi:

وما أمروا إلا ليعبدوا الله مخلصين له الدين حنفاء…

“Dan mereka tidak diperintahkan melainkan untuk beribadat kepada Allah dalam keadaan mengikhlaskan amalan hanya kepadaNya dan meninggalkan kesyirikkan..”

Daripada ayat-ayat di atas nyatalah kepada manusia bahawa mereka dicipta dengan satu tujuan iaitu beribadat kepada Allah dengan penuh ikhlas. Mereka bukan dicipta untuk menyembah selain Allah atau mensyirikkan Allah. Mereka tidak dicipta untuk mengejar habuan dunia sama ada:

  • Kekayaan
  • Kedudukan dan Pangkat
  • Sanjungan dan Kemasyhuran

Mereka dicipta untuk matlamat yang murni lagi mulia…
Beribadat kepada Allah dengan taat kepada segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Sesiapa yang diberikan kefahaman tentang ini dan beramal dengannya maka dia diberikan keuntungan yang amat besar. Siapa yang tidak memahaminya maka dia sesat daripada jalan yang benar.

نسأل الله الهداية والتوفيق

You might like

© 2024 Dengar Sunnah - WordPress Theme by WPEnjoy
%d bloggers like this: