Jenayah Yang Paling Besar

Ditulis oleh Zulhizam Ibnu Hashim
Shared publicly – Mar 7, 2015, 11:27 PM

بسم الله الرحمن الرحيم

TAHUKAH ANDA?

Apakah jenayah yang paling besar dilakukan makhluk bernama manusia?

Jenayah syirik…

Ertinya beribadat kepada selain Allah, menyembah sesuatu yang tidak layak disembah.

Berhala, nabi isa, bulan, matahari dan selainnya merupakan makhluk yang dicipta. Yang layak disembah hanyalah kholiq (pencipta).

Apabila manusia menyembah selain pencipta mereka sedangkan Dia memerintahkan mereka hanya menyembahNya, maka itulah jenayah yang paling besar.

Kenapa tidak?

  • Mereka engkar kepada perintah pencipta mereka
  • Mereka mecabul hakNya
  • Mereka menyembah sesuatu yang tidak layak disembah

Namun ramai manusia tidak memandang ia sebagai satu jenayah termasuk mereka yang mengaku beragama Islam.

Kerana apa?

Mereka tidak kenal pencipta mereka, tidak tahu hakNya dan tidak mengagongkan hakNya dengan sebenar-benarnya.

Hak sesama mereka diagong dan diutamakan walaupun dosa syirik lbh besar daripada dosa yang lain

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم: “Apakah dosa yang paling besar?” Jawab baginda: “Mensyirikkan Allah.”

Adakah kita mahu mengambil pengajaran?

You might like

© 2024 Dengar Sunnah - WordPress Theme by WPEnjoy
%d bloggers like this: