Lawak Dan Lagu Untuk Dakwah

Ditulis oleh Zulhizam Ibnu Hashim
Shared publicly – Mar 13, 2015, 8:51 AM

بسم الله

Sebahagian pendakwah menyangka bahawa dengan lawak dan lagu akan dapat menyedarkan masyarakat dan mendekatkan mereka kepada agama khususnya dikalangan mereka yang sukakan kepada hiburan.

Ini adalah sangkaan yang salah. Tidak cukupkah al-Quran dan hadis sebagai peringatan?

Firman Allah:

أولم يكفهم أنا أنزلنا عليك الكتاب يتلى عليهم إن فى ذلك لرحمة وذكزى لقوم يؤمنون

“Tidakkah mencukupi buat mereka dengan Kami turukan ke atas kamu kitab yang dibacakan kepada mereka. Sesungguhnya pada yang demikian itu (pada al-Quran) merupakan rahmat dan peringatan buat kaum yang beriman – al-Ankabut 51

Tidak cukupkah al-Quran dan hadis sebagai peringatan untuk menyedarkan manusia?

Firman Allah:

تبارك الذى نزل الفرقان على عبده ليكون للعالمين نذيرا

“Maha Agong Dia yang menurunkan al-Furqan ke atas hambaNya sebagai peringatan buat sekalian alam” -al-Furqan 1

Tidak cukupkah al-Quran sebagai pengubat bagi hati manusia?

Firman Allah:

وننزل من القرآن ما هو شفاء ورحمة للمؤمنين

“Dan Kami turunkan daripada al-Quran apa yang menjadi penyembuh dan rahmat buat orang yang beriman..- al-Isra’ 82

Sesiapa yang tidak terubat hatinya dengan al-Quran maka tiada lagi ubat baginya. Siapa yang hatinya tidak sedar dengan peringatan yang ada dalam al-Quran maka tiada lagi yang dapat menyedarkannya.

Adapun lawak jenaka dan lagu, ia hanya merosakkan hati.

Kata ibnu Mas’ud:

الغناء ينبت النفاق فى القلب

“Lagu-laguan menumbuhkan penyakit nifaq di dalam hati”

You might like

© 2024 Dengar Sunnah - WordPress Theme by WPEnjoy
%d bloggers like this: